Monthly Archives: February 2011

Koleksi Teka-Teki

Ini, koleksi teka teki yang ku kumpul sejak beberapa bulan lepas..

TT 1: Dalam banyak-banyak cicak, cicak apa berwarna merah?

Credits: Aiman Harith, anak buah

TT 2: Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang kedekut?

TT 3: Apa dalam nenas? Apa pula di bawah batu?

TT 4: Apa yang naik tak turun-turun?

Credits: Syamil, anak buah

TT 5: Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa paling berani?

TT 6: Apa persamaan Michael Jackson dan Michael Jordan?

TT 7: Dalam banyak-banyak diskaun, diskaun apa yang orang tak nak?

TT 8: Apakah yang datang tetapi tak pernah tiba?

TT 9: Apa yang pergi depan, balik belakang?

TT 10: Seekor monyet sedang memanjat sebatang pokok kelapa, apa yang ia lakukan sebelum turun?

TT 11: Kajian menunjukkan menghidu bau burger boleh mengurangkan berat badan, kenapa?

Credits: Muzik FM, 95.3

Cubalah jawab dulu sebelum tengok jawapan, tengok berapa yang betul! ;p

Jawapan (klik Ctrl+A):
TT 1: Cicakman
TT 2: Kuda – bunyik kaki dia “ke-de-kut..ke-de-kut..ke-de-kut..”
TT 3: Spongebob dalam nenas (rumah dia), Patrick bawah batu
TT 4: Umur
TT 5: Pokok pisang, kerana paling berani mengeluarkan jantung
TT 6: Kedua-duanya tak kenal awak
TT 7: Diskaun pahala (atau gaji ;p)
TT 8: Hari esok
TT 9: Keretapi
TT 10: Panjat
TT 11: Kerana hanya menghidu, dan tidak makan

Widget – Wibiya

Satu lagi widget percuma yang memudahkan pelawat blog berkongsi entri di laman web sosial seperti Facebook, Youtube dan Twitter. Bagi mereka yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, widget ini dapat membantu menambah trafik ke blog.

Antara ciri-ciri yang unik pada widget ini ialah:
1. Toolbar di bahagian bawah blog yang menyediakan button laman web sosial, termasuk ciri-ciri chatting.

2. Pembaca juga boleh kongsikan semua gambar yang diletakkan dalam entri dengan cara menghalakan mouse pada gambar. Semudah itu! Kemudian hanya klik pada Click Here to Share…

…dan pilih web sosial.

Lawati wibiya.com untuk dapatkan widget tersebut :)

Seram Sejuk – Cicak Dalam Kereta!

cicak3

Malam semalam, lepas dinner bersama Latipah kat Sungai Merab, masa nak masuk kereta nak balik, ku sedar bukan kami berdua saje dalam kereta, tetapi bertiga! Dengan seekor cicak yang tidak diundang atas dashboard!

Menggunakan surat khabar yang digulung, ku cuba menghalau keluar cicak tersebut tapi last-last dia lari bawah dashboard dan hilang dek kegelapan malam. Balik tuh memang ku seram sejuk, berpeluh-peluh. Tipah takpe lah, dia duduk belakang! ;p.

Pagi tadi kami berdoa agar cicak tuh dah keluar. Alhamdulillah masa ku on the way ke Plaza IBM, ini yang ku sempat snap masa tengah drive!


Nak jer ku wipe cicak nih! ;p.

Samada cicak tuh berjaya masuk balik kereta ku, atau dah terjatuh masa ku drive, itu masih lagi misteri. Wahahahahahahaa (geli geleman)

Manusia Berkepala Anjing

Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Tuhan dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.

Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang dilekatkan dengan cara dijahit ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.

Teoh Beng Hock

Akhir-akhir ni kes tentang kematian misteri Teoh Beng Hock disebut semula dan kerap disiarkan pihak media. Apa sebenarnya yang berlaku bagi ku secara peribadi, masih kabur.

Semalam ku ke cawangan Shah Alam yang kebetulan pejabatnya di Plaza Masalam, seksyen 9. Tujuan ke sana bukanlah nak ambil tahu pasal Teoh Beng Hock pun, memang datang atas urusan kerja.

Tapi dah alang-alang kat sana, ku tanya je lah kat sorang akak nih pasal kematian misteri tuh. Ku berpeluang lihat sendiri lokasi di mana mayat Teoh Beng Hock dikatakan ‘jatuh’. Tengok nih:

Akak tuh antara yang pernah tengok mayat Teoh Beng Hock depan-depan. Katanya bersungguh-sungguh – semasa dia dan rakan kerja yang lain melihat mayat mangsa, tiada kesan kecederaan yang teruk seperti organ pecah atau darah merecik, mayatnya terbaring elok DAN TIDAK SEPERTI JATUH DARI TINGKAT YANG TINGGI.

Wallahua’lam :)

i i i i i