20 Kenangan Kancil Takkan Dilupakan

Entri ini ku tulis khas sebagai penghargaan untuk Kancil ku. Sedikit kenangan dan sumbangan Kancil ku yang telah banyak berjasa sejak tahun 2002 dan tak mungkin ku lupakan. Kancil tanpa rim cover ini telah banyak bantu ku:

1. Pergi ke kelas menuntut ilmu
2. Ulang alik KL – Shah Alam selama lebih kurang setahun
3. Keluar dating dengan awek-awek UiTM
3. Tiba awal ke pejabat
4. Mengatakan kepada penumpang ‘Jangan pandang atas’

5. Mengajar supaya lebih berhati-hati selepas melanggar Proton Savvi kerana gopoh
6. Mudah untuk mencelah dalam trafik sesak
7. Sebagai ‘lori Alam Flora’

8. Keluar dating dengan kekasih yang kini bergelar isteri
9. Membuat keputusan drastik dengan memasang NGV di kala minyak naik RM2.70

10. Guna untuk urusan kerja dalam mode NGV, tapi claim elaun minyak ;p.
11. Buat kerja gila seperti memandu tanpa kunci dan memandu pada suhu mencecah tanda ‘H’!

12. Belajar tukar tayar yang dibocori paku dan pernah meletup tiba-tiba
13. Hampir setiap bulan masuk bengkel

14. Kenal mana satu radiator, drive shaft dan minyak brek
15. Kerap kena high beam kerana perlahan
16. Pandu sehingga jumlah kilometer mencecah 170,000 km

17. Bawak habis laju tapi masih mudah dipotong oleh lori simen
18. Tertinggal masa konvoi dengan kawan-kawan
19. Tak takut nak park di kompleks beli-belah tanpa steering lock
20. Ajar Latipah memandu!

20+1. Dimasuki cicak!!!!

Memang banyak yang ku pelajari dari kereta kecil ini, ada yang pedih, banyak juga yang gembira, tapi yang paling bermakna ialah pengalaman. Kepada Kancil, ku akan terus memandumu kerana kalau nak trade in, kedai amek RM3000 je kau begitu banyak berjasa dan juga penting di saat-saat sukar nanti :)

Anda mungkin juga meminati:

15 Responses to 20 Kenangan Kancil Takkan Dilupakan

  1. romantik betul gambar berdua dgn cik pah tu. Kelisa akak pun baru cecah 160K km agaknya. jauh lagi kancil tu pergilah ye..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. mamabio says:

    kenangan bersama cicak kau xmasuk kan ke..? (atau semut2..ke.. rahsia?);p *wrink wrink*

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. nani says:

    bahagian atas kepala dalam kereta kau mmg legend..
    sentiasa menjadi buah mulut warga CS220, haha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Muhaimin says:

      pekh, kalau parking tengah panas, takde filter beb, macam masuk grill microwave! ;p.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. pyerudz says:

    memang champion.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  5. sw33tdarling says:

    maka sudah dapat gading bertuah, janganlah tanduk ini kau lupakan… hehehehehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. penyubiru says:

    memang sentimental value aaa..

    tapi kan, kalu ko jual dan duit tu melabur dlm asb, ada gak pekdahnya. tertiap tahun dpt dibiden.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. zfzulus says:

    kau kena letak pengalaman keta kancil turbo kau tiba2 stop kat traffic light on the way gi solat jumaat… hahahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. Hidayah says:

    Assalamualaikum,
    kereta kancil memang speed up dia pelahan
    hati-hati ketika nak pecut atau memotong
    jangan ingat dia keta lumba..
    ambil iktibar kes kemalangan melibatkan kereta kancil
    banyak kes kan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. hiply says:

    hi!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

i i i i i