Monthly Archives: April 2011

Beban

Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

“Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Penat

Memang penat hari ni. Masa tulis entri nih ku tengah penat. Baca tajuk entri nih pun dah penat. Nak publish pun lambat, sebab penat.

Apa? Kenapa ku penat?

1. Angkat troli, bukan tolak troli!
2. Amek time off pi tutup akaun air dan api masing-masing di Putrajaya dan Bandar Baru Salak Tinggi.
3. Kerja tetap kerja, sampai jam 6:30 (lepas kerja main game jap tuh yang balik lambat ;p)
4. Kemas rumah, menyapu dan mengelap habuk.
5. Packing barang. Sabtu nih nak pindah ke rumah baru!

Memang penat!

Due Date

“Your baby is now considered full term, even though your due date is still three weeks away. If you go into labor now, his lungs will likely be mature enough to fully adjust to life outside the womb. He weighs 6 1/3 pounds and measures a bit over 19 inches, head to heel (like a stalk of Swiss chard). Many babies have a full head of hair at birth, with locks from 1/2 inch to 1 1/2 inches long…”
source: babycenter.com

Anytime now, anytime.

Justin Bieber Ucap “Hello Manila” di Malaysia

Satu lagi cerita kelakar, Justin Bieber semasa konsert di Malaysia baru-baru ni, berkata “Hello Manila” kepada peminat-peminatnya di Kuala Lumpur! Ku bukanlah peminat Justin Bieber (walaupun ku hafal korus lagu Baby) tapi bila cerita ni tersebar luas di Twitter especially, kelakar lah jugak bila artis yang selalu berkata “Never Say Never” tersalah cakap.

Ini salah satu daripada artikel yang ku baca pasal Hello Manila:

“Hello Manila” is trending on Twitter because of Justin Bieber.

Justin Bieber staged a very successful concert in Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Malaysia last April 21 as part of his “My World” 2011 Asian Tour. But one funny “boo-boo” happened when he showed up on stage – he greeted his Malaysian fans “Hello Manila!”.

According to a report by Showbiznest yesterday morning (April 23, Saturday), the Canadian international pop teen sensation addressed the Malaysian concertgoers with “Hello Manila!” instead of “Hello Malaysia!” or “Hello Kuala Lumpur!.”

The news about the ‘Bieber BooBoo’ erupted on Twitter after some folks who were able to watch the concert tweeted the funny incident. Although no one was able to capture it on video, the terms “Hello Manila” is now trending in various social networks and it pertains, of course, to what Justin Bieber has said 3 days ago.

sumber: starmometer.com

Namun sejauh mana kebenarannya, ku pun tak tau kerana tiada video ucapan tu yang berjaya dirakam. Kepada fan Justin Bieber, never say never!

Lagi Kemalangan

Awal-awal pagi lagi ku cakap “Today isn’t just another day, today I’ll create something beautiful”, rasanya Latipah pun dengar.

Ku keluar awal ke pejabat pagi ni, dalam 7:50 dah hampir sampai simpang empat besar (masuk kiri untuk ke pejabat). Malang memang tak berbau, sebelum simpang empat besar, ada lampu trafik dan ku berada di lane kanan sekali. Sejurus lampu hijau menyala, ku jalan terus untuk menuju ke simpang empat, dalam masa yang sama ada motor di sebelah kiri ku nak masuk kanan. Ku memang tak agak dia nak masuk kanan.

Apa lagi, GEDEGANG! laa.

Motor tuh ku langgar. Mamat tuh jatuh, motor hempap kaki kiri dia. Ku lantas berhenti kereta kat tengah2 tuh jugak, keluar dan pergi tengok bumper kereta kot-kot kemek mamat tuh. Ku tolong angkat motor dia.

Muka dia ketat, lagi ketat dari nat tayar kereta. Kedua-dua tapak tangan dia luka dan kaki kiri sedikit tempang. Ku meminta maaf dan offer untuk hantar ke klinik. Dia dapat mc sehari dan akhirnya muka ketat tadi sedikit ‘longgar’. Dia berterima kasih kepadaku, dan ku sekali lagi meminta maaf.

Salah ku juga, dok kat lane kanan tapi jalan terus. Dia pun salah, nak masuk kanan kenapa dok kat tengah!

Bumper kereta ku tak kemek, tapi hampir jatuh.

“I’ve created something beautiful today, another priceless experience!” ujar hatiku.

i i i i i