Monthly Archives: September 2011

Maxis Broadband


Penggunaan broadband Maxis ku untuk bulan ini telah melebihi had yang ditetapkan gara-gara berfacebook je sepanjang masa kerja yang bertimbun. Ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum bandwidth diberikan semula!


Penyelesaian sementara untuk perkara ini ialah, cakap kat member, “pinjam broadband jap bro”!

Punca Segala Bencana


Gambar hiasan

Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)

Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Seorang hamba (manusia) berkata, ‘Hartaku, hartaku!’ Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:
(1) Apa yang dimakannya lalu habis.
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.
Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain”. (Muslim)

sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Babi & Kebaikannya

Walaupun babi merupakan haiwan yang harom, banyak produk-produk dari makanan hinggalah barang keperluan harian yang mungkin kita ambil/guna diperbuat atau diterbitkan dari babi, dari bulunya hinggalah tulangnya, dari lemaknya hinggalah darah dagingnya! Waaaaaaaaaa! Semak infografik di bawah untuk merasa lebih geli! ;p.


Klik imej ini untuk paparan babi lebih besar

Kartun Terbaru Utusan Malaysia

Apa mesej yang ingin disampaikan sebenarnya?

Menghormati Bapa

Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Riwayat Muslim

Huraian
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.
2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

i i i i i