Monthly Archives: October 2011

Nama Bilik Mesyuarat

Renovasi di pejabat tempat ku bekerja telah hampir siap sepenuhnya. 5 bilik mesyuarat baru juga telah sedia untuk digunakan. Sehubungan dengan itu, salah seorang bos meminta cadangan untuk nama-nama baru untuk bilik-bilik mesyuarat tersebut.

Di bawah ni cadangan ku, berdasarkan pengalaman ku masa kerja kat hotel 5 bintang dulu, beberapa bilik mesyuarat dinamakan atas nama bunga.

Ini pula salah satu respon yang ku terima!

Kewajipan Suami Memberi Nafkah

Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

Riwayat Ibn Majah

Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Empangan Park

Iklan Forex

Ku tak main forex-forex nih, tapi personally ku rasa lain macam je bila baca iklan nih, macam kelepett je! ;p.

Manchester United 1-6 Manchester City

Seperti yang kita sedia maklum, Manchester United tewas 1-6 kepada Manchester City semalam, beberapa mesej update ku terima dari rakan-rakan sekepala bola, tak ketinggalan ejekan kekalahan. Ku sikit pun tak ambil hati, sebab team diorang lagi banyak kalah hahaah ku pun buat benda yang sama dulu.

Tapi ku bukan nak cerita pasal Manchester United ataupun Alex Ferguson. Sebenarnya ku dah lama tinggalkan dunia bola nih, especially EPL to be exact sejak kelahiran Imran. Bukan senang nak lupakan, lagi-lagi kalau ada big match, contohnya masa Manchester United belasah Arsenal 8-2 tempoh hari.

Kalau dulu hampir setiap match EPL tuh ku saksikan, namun hari ini satu game pun ku dah tak tengok sebab rumah takde Astro.

Berhenti tengok bola nih perasaannya lebih kurang macam berhenti merokok, mental serta mindset perlu kuat! InsyaAllah masa tengok bola ku akan gantikan dengan aktiviti yang lebih bermakna seperti meluangkan masa kualiti dengan keluarga tercinta dan blogging!.

i i i i i