Monthly Archives: November 2011

Peta Hidup


Klik untuk paparan lebih besar

“Andai kau peroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya,
Andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya,
Hidup ini sementara” – Aris Ariwatan

Sorry!

Semasa menghadiri hari sambutan konvensyen tempoh hari, itulah kali pertama ku nampak menteri depan mata ku sendiri. Dia lalu sebelah kitorang. Aku sangat teruja dan nak ambil sebanyak gambar yang mungkin menggunakan telefon bimbit android ku. Namun sebelum gambar pertama diambil ini mesej yang ku terima:

kredit gambar: Solleh

Strong Harimau Muda

Gambar keadaan sebilangan pemain Harimau Muda apabila dikepung peminat-peminat Indonesia sehingga bas tidak boleh bergerak. Tak cukup dengan kepungan, mereka juga dimaki dan dihina (lihat banner “Malaysia Go To Hell” kat luar sana tuh). Bayangkan korang berada di tempat pemain-pemain Harimau Muda, apa yang korang akan rasakan?

Tabik buat Harimau Muda atas ketabahan! dan tahniah atas kejayaan!

Klinik Salak UNITEN


gambar hiasan

Ini kisah yang tak mungkin ku lupa selama-lamanya. Peristiwa ini berlaku lebih setahun lepas, beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri di Klinik Salak berhampiran Uniten, Bangi.

Aku membawa Latipah yang mengadu sakit termasuk muntah-muntah sejak sehari (atau dua) ke Klinik Salak untuk mendapatkan pemeriksaan. Pesakit tidak ramai masa itu, ramai yang masih cuti raya barangkali. Tak perlu tunggu lama, kami masuk ke bilik doktor dan seorang doktor perempuan mula memeriksa Latipah. Beberapa soalan diajukan bagi mengenalpasti sebab muntah-muntah dan sakit, termasuk last period bila.

Doktor tu membuat kesimpulan “Ini symptom biasa lepas raya” lalu membekalkan ubat gastrik dan tahan sakit.

Setelah buat pemeriksaan di klinik lain, didapati Latipah mengandung! Daripada jawapan last period yang diberikan kepada doktor Klinik Salak, ku memang dah syak puncanya ialah mengandung awal-awal lagi!

Samada doktor di Klinik Salak tersebut bodoh kurang pendekatan tentang tanda awal mengandung atau terlepas pandang, itu subjektif.

Cuma jawapan “Ini symptom biasa lepas raya” memang takkan ku lupa! ;p.

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Hadith:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

i i i i i