Category Archives: Friends

Bateri Kereta

Semalam, memang best dijemput untuk makan free tengah hari ke majlis aqiqah Firdaus yang anak dia dah 2 bulan lebih. Tahniah untuk cahaya mata pertama :) . Lagi best bila ada driver dapat tumpang sekali dengan Zaidy yang ajak pergi sama.
Malam semalam pula memang meriah, Atiqah yang baru dapat kuarters rumah teres buat house warming. Buat BBQ tepi rumah, gila best ar ;p.

Ku dukung anak Nana, sebagai persediaan menjadi bapa ;p.


Antara pembakar BBQ

Hasil dia waahahaha
Semalam juga ku iklankan rumah untuk disewa

Hari ini alhamdulillah hampir 10 orang call dan telah berjaya disewakan akhirnya. Setel masalah!
Last but not least, masa nak pi Karnival WOW yang menampilkan Hujan band, Amy dan ramai lagi tadi, kereta kancil pula tak boleh start – bateri kong! Agaknya dia dah tahu tuan dia nak beli kereta baru!

i i i i i