Category Archives: Kereta

Today’s Lucky Number

Today’s lucky number: 4094!

Note: It took more than a year to have all these photos taken.

1 Hari Cuti

Ku cuti hari nih, nak selesaikan beberapa perkara, termasuk

1. Appointment di klinik – Imran (dan maknye) ada checkup. Imran kena cucuk Hepatitis B, kuat jugak menangisnya.

2. Kereta ku yang dah mencecah usia 3 bulan, masih layak terima servis percuma walaupun belum cecah 5000km. Hari ni juga ku hantar servis, dapat minum jus oren percuma.

3. Selesaikan kerja part time yang masih pending!

p/s: Mak, abah dan adik-beradik akan bertolak ke Kelantan, sepupu ku Razi akan bernikah pada hari Sabtu. Ku tak dapat join kerna perlu jaga si kecil Imran. Mesti best, jalan2 Kelantan :|

Lagi Kemalangan

Awal-awal pagi lagi ku cakap “Today isn’t just another day, today I’ll create something beautiful”, rasanya Latipah pun dengar.

Ku keluar awal ke pejabat pagi ni, dalam 7:50 dah hampir sampai simpang empat besar (masuk kiri untuk ke pejabat). Malang memang tak berbau, sebelum simpang empat besar, ada lampu trafik dan ku berada di lane kanan sekali. Sejurus lampu hijau menyala, ku jalan terus untuk menuju ke simpang empat, dalam masa yang sama ada motor di sebelah kiri ku nak masuk kanan. Ku memang tak agak dia nak masuk kanan.

Apa lagi, GEDEGANG! laa.

Motor tuh ku langgar. Mamat tuh jatuh, motor hempap kaki kiri dia. Ku lantas berhenti kereta kat tengah2 tuh jugak, keluar dan pergi tengok bumper kereta kot-kot kemek mamat tuh. Ku tolong angkat motor dia.

Muka dia ketat, lagi ketat dari nat tayar kereta. Kedua-dua tapak tangan dia luka dan kaki kiri sedikit tempang. Ku meminta maaf dan offer untuk hantar ke klinik. Dia dapat mc sehari dan akhirnya muka ketat tadi sedikit ‘longgar’. Dia berterima kasih kepadaku, dan ku sekali lagi meminta maaf.

Salah ku juga, dok kat lane kanan tapi jalan terus. Dia pun salah, nak masuk kanan kenapa dok kat tengah!

Bumper kereta ku tak kemek, tapi hampir jatuh.

“I’ve created something beautiful today, another priceless experience!” ujar hatiku.

First Scratch

Tak sampai 2 bulan, dah ada geseran. ;p.

Macam nih, masa tuh nak parking, memang ada satu lot kosong, tapi agak kecil, muat2 ku kira. Dengan yakin ku masuk, pelan-pelan..Arrrgh!! <~ tak nak sambung cerita.

Mungkin ada hikmahnya. Ini mengingatkan ku tentang apa sahaja yang kita miliki di dunia ini takkan kekal begitu selamanya! <~ ayat nak sedapkan hati.

3 Dalam 1 Cerita

Nota: Ketiga-tiga cerita ini adalah kisah benar!

Cerita 1
Selepas hampir sebulan memiliki kereta baru, hari Ahad, 3 April lepas ku berpeluang untuk membasuh kereta yang dah diliputi habuk tebal. Bukannya tak nak basuh beb, tapi memang tak sempat. Ada saja program di hari minggu, jemputan kahwin lah, beli barang keperluan lah, cari barang baby lah dan macam-macam LAH lagi. Hari bekerja lagi lah tak sempat.

Tapi ku bukan nak cerita pasal basuh kereta.

Cerita 2

i i i i i