Category Archives: Pengalaman

Imran 1st time swimming

Tarikh: 3 Jun 2012

Pengalaman pertama Imran mandi di swimming pool, ingatkan nak ajar menyelam cam SMS buat kat anak dia, tapi takut la plak, teknik tak betul kang ;p.

Perbandingan harga Carrefour vs supermarket biasa

Ini research yang ku buat sendiri, bandingkan harga barang pampers Huggies dan susu Dutch Lady di hypermarket Carrefour dan di supermarket Darussalam, presint 9, Putrajaya.

Harga hypermarket ‘cut price’ Carrefour (berubah-ubah mengikut promosi ‘Harga Rendah’)
Susu Dutch Lady: RM5.00 – RM6.00
Lampin Huggies (M/L/XL): RM35.00 – RM47.00

Harga supermarket Darussalam presint 9, Putrajaya
Susu Dutch Lady: RM4.45
Lampin Huggies (M/L/XL): RM29.50


Gambar diambil di supermarket Darussalam, Presint 9.

Korang boleh tengok sendiri harga 2 barang nih di mana-mana Carrefour.

Just my research on these 2 items. Jadilah pengguna bijak, jangan kena tipu dengan promosi ‘Sale’ atau ‘Harga Terendah’ :)

Habib Jewels

Berlian pada cincin kahwin Habib Jewels saya baru je hilang semalam, lebih kurang setahun setengah selepas kahwin ;c. Mahal beb, bukan berlian kat tudung bawal tuh, ini berlian betul.

Sedih.

Mungkin ada hikmahnya. Nak dapat cincin baru barangkali

Kehilangan ini sekali lagi mengingatkan saya yang kesemua keluarga, kenalan kawan-kawan, kerja, kuasa dan harta yang kita miliki di dunia ini bersifat sementara dan akan pergi bila-bila masa sahaja. Hanya Allah yang kekal.

Petrol Mana Paling Jimat

Sejak awal tahun 2011, banyak syarikat petrol mula mengumumkan formula baru yang dapat menjimatkan minyak, ada yang syiling-syiling ikut kereta, ada yang jimat sampai 1 liter, ada yang pergi lebih jauh, macam-macam. Masing-masing keluarkan nama baru bagi formula petrol yang baru. Semua tuh marketing, siapa-siapa pun boleh buat. Persoalannya sejimat mana petrol baru nih? Secara peribadi saya takkan percaya iklan-iklan kat TV tuh selagi saya tak alami sendiri. Bukan iklan petrol saja, semua iklan jugak.

Atas niat ingin tahu, sejak bulan Mac 2011, saya mula lakukan kajian bagi mendapatkan jawapan petrol mana paling jimat!

Cara kajian: Isi RM50 dan catatkan meter trip (dalam KM) berapa jauh RM50 boleh pergi
Jumlah kekerapan: 3 kali bacaan untuk setiap jenis petrol (3 x RM50)
Model kereta: Honda City

Di bawah saya senaraikan data-data yang saya ambil untuk 5 syarikat petrol terbesar di Malaysia:

Hari Keluarga Kejiranan

Lokasi: Kawasan kejiranan
Tarikh: Sabtu, 10 Disember 2011
Acara:
1. Permainan kanak-kanak
2. Kerusi muzik
3. Boling buah kelapa

i i i i i