
Coba kasut

Saiz kaki Imran sekarang ialah 4 dan dia belum 12 bulan pun ;p.
Walaubagaimanapun kasut pertama masih belum ditemui ;p.

Coba kasut

Saiz kaki Imran sekarang ialah 4 dan dia belum 12 bulan pun ;p.
Walaubagaimanapun kasut pertama masih belum ditemui ;p.

gambar hiasan
Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)
Huraian
1. Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.
2. Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.
sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Kali pertama Imran menendang perut ibunya ketika dalam kandungan, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran dilahirkan, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran buka matanya, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran bersuara, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran tersenyum, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran merangkak, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran tumbuh gigi, ku katakan Subhanallah.
Kali pertama Imran berdiri dan berjalan, ku katakan Subhanallah.
Semua kali pertama yang Imran lalui, tak mungkin berlaku jika tidak diizinkan Allah. Indah sungguh ciptaan Allah, sekali lagi ku katakan Subhanallah.

Hadtih:
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. ” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.
sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm