Tag Archives: Baby

Tersedak Susu: Cara beri bantuan kecemasan

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak,

Senyum

Sejajar dengan kempen Senyum yang dilancarkan baru-baru ini, Imran juga tak ketinggalan untuk sama turut serta. Kali pertama nampak dia senyum, kami bernekad untuk ambil gambar semasa dia tersenyum tapi bukan senang!

So far tak dapat lagi ;p.

Tips Bayi Tidur Lena

Tips bayi tidur lena amat berguna buat ibubapa lebih-lebih lagi mereka yang baru dikurniakan  cahaya mata pertama, yang belum ada banyak pengalaman (saya contohnya). Apatah lagi bayi yang masih kecil, hampir setiap jam terjaga. Tergerak hati penulis untuk mencari tips bayi tidur lena agar sedikit sebanyak dapat membantu abah dan maknya tidur lena juga ;p.

Berikut adalah beberapa tips bayi tidur lena:
1. Urutan tubuh – teknik ini bukan sahaja berkesan kepada orang dewasa, bayi juga

7 Hari

Hari ini (Ahad 8 Mei 2011), Imran berusia 7 hari. Banyak yang ku belajar dalam tempoh ni, tukar lampin, bedungkan Imran, bacakan ayatul Quran, ‘bebep’kan dia dan yang paling ketara ialah mengalami waktu tidur yang tidak tetap. Normal untuk ibubapa yang baru dikurniakan anak, bangun hampir setiap jam awal pagi untuk menukar lampin dan menyusu. Itu pengalaman berharga bagi ku, memang penat sikit, yang penting Imran sihat dan selesa.


Sekadar gambar hiasan

Perjalanan ini masih jauh, insyaAllah ku akan lakukan apa saja demi kebaikan Imran. Jika kita nak anak menghormati kita, kita pun mestilah menghormati masa dan keperluannya.

Abah dan mak sayang Imra-..errkk, Imran dah bangun, ok lah gerak duluuuu!!

Imran

Nama: Imran bin Muhammad Muhaimin
(Maksud Imran – kemakmuran (prosperity); kemajuan; pembangunan; nama bapa Nabi Musa; surah dalam al-Qur’an)

Ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan ucap tahniah, ia merupakan moral support untuk saya dan Latipah kickstart kehidupan sebagai ibubapa. Terima kasih buat semua ucapan, SMS dan komen Facebook, saya sangat menghargainya!

i i i i i