Tag Archives: Berita

Lebih 14 Akaun Laman Sosial Milik Pihak KRU Digodam

Hari ini, ianya kelihatan yang mana semua akaun Facebook milik pihak KRU telah pun digodam dan diambil-alih oleh pihak lain. Pada masa yang sama, akaun Twitter juga dilihat telah diambil-alih oleh pihak RileksCrew, dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak KRU dikeluarkan berkaitan dengannya.

Antara halaman milik pihak KRU yang dilihat telah diambil-alih adalah termasuk KRUTV, Yusry Abdul Halim, UTD Studios, dan juga KRU Studios. Bagi Twitter pula, ianya kelihatan yang mana akaun milik Norman Abdul Halim telah pun diambil-alih oleh Rileks Crew. Berikut merupakan senarai penuh laman Facebook milik KRU yang digodam:

  1. KRU TV
  2. Yusry Abdul Halim
  3. Norman Abdul Halim
  4. Edry Abdul Halim
  5. Cinta Kura-kura
  6. UTD Studios
  7. KRU Studios
  8. Hikayat Merong Mahawangsa
  9. KRU Page
  10. Vikingdom
  11. Ribbit The Movie
  12. Magika
  13. Karak The Movie

Ianya tidak diketahui bagaimanakah akaun-akaun ini telah digodam, namun kami mensasarkan perkara ini mungkin berlaku disebabkan kesemua ini ditadbir dibawah satu akaun Facebook yang sama.

Penggodam:

Sumber: Amanzmy

“Anonymous” Hackers Threaten Facebook “Will Be Destroyed” On November 5

Operation Facebook

DATE: November 5, 2011.

TARGET: facebook.com

Message:

Attention citizens of the world,

We wish to get your attention, hoping you heed the warnings as follows:
Your medium of communication you all so dearly adore will be destroyed. If you are a willing hacktivist or a guy who just wants to protect the freedom of information then join the cause and kill facebook for the sake of your own privacy.

Facebook has been selling information to government agencies and giving clandestine access to information security firms so that they can spy on people from all around the world. Some of these so-?called whitehat infosec firms are working for authoritarian governments, such as those of Egypt and Syria.

Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your “privacy” settings, and deleting your account is impossible, even if you “delete” your account, all your personal info stays on Facebook and can be recovered at any time. Changing the privacy settings to make your Facebook account more “private” is also a delusion. Facebook knows more about you than your family.

You cannot hide from the reality in which you, the people of the internet, live in. Facebook is the opposite of the Antisec cause. You are not safe from them nor from any government. One day you will look back on this and realise what we have done here is right, you will thank the rulers of the internet, we are not harming you but saving you.

The riots are underway. It is not a battle over the future of privacy and publicity. It is a battle for choice and informed consent. It’s unfolding because people are being raped, tickled, molested, and confused into doing things where they don’t understand the consequences. Facebook keeps saying that it gives users choices, but that is completely false. It gives users the illusion of and hides the details away from them “for their own good” while they then make millions off of you. When a service is “free,” it really means they’re making money off of you and your information.

Think for a while and prepare for a day that will go down in history. November 5 2011. Engaged.

This is our world now. We exist without nationality, without religious bias. We have the right to not be surveilled, not be stalked, and not be used for profit. We have the right to not live as slaves.

We are anonymous
We are legion
We do not forgive
We do not forget
Expect us

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA

Video Perhimpunan BERSIH 2.0

Detik-detik cemas yang dipaparkan dalam video oleh media Al-Jazeera:

Lihat berita penuh dan video di english.aljazeera.net, versi yang sedikit berbeza berbanding dengan apa yang kita lihat di media tempatan.

Laman Web Kerajaan Akan Digodam ANONYMOUS

www.malaysia.gov.my
Langkah diambil halang laman web kerajaan digodam

Tindakan yang sewajarnya sedang diambil bagi menghalang cubaan menggodam laman web rasmi kerajaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mengulas laporan bahawa satu kumpulan dari luar negara dikenali ‘Anonymous’ mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.

“Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini hari ini. — Bernama

Menurut sumber kumpulan hacker bertaraf dunia ni akan menyerang portal kerajaan malaysia pada hari rabu 7.30 pm atau khamis 3.30 pagi waktu tempatan, Serangan siber tersebut dinamakan sebagai “Operation Malaysia”. Selain daripada propaganda, mereka juga meninggalkan mesej atau pesanan video kepada kerajaan malaysia mengenai misi serangan siber ke atas portal rasmi kerajaan malaysia.

Paparan mesej video di Youtube:

Video: find “Anonymous Malaysia” on Youtube

i i i i i