Lokasi: Port Dickson
Tarikh: 5-7 Februari 2012




Seperti yang kita sedia maklum, Manchester United tewas 1-6 kepada Manchester City semalam, beberapa mesej update ku terima dari rakan-rakan sekepala bola, tak ketinggalan ejekan kekalahan. Ku sikit pun tak ambil hati, sebab team diorang lagi banyak kalah hahaah ku pun buat benda yang sama dulu.
Tapi ku bukan nak cerita pasal Manchester United ataupun Alex Ferguson. Sebenarnya ku dah lama tinggalkan dunia bola nih, especially EPL to be exact sejak kelahiran Imran. Bukan senang nak lupakan, lagi-lagi kalau ada big match, contohnya masa Manchester United belasah Arsenal 8-2 tempoh hari.
Kalau dulu hampir setiap match EPL tuh ku saksikan, namun hari ini satu game pun ku dah tak tengok sebab rumah takde Astro.
Berhenti tengok bola nih perasaannya lebih kurang macam berhenti merokok, mental serta mindset perlu kuat! InsyaAllah masa tengok bola ku akan gantikan dengan aktiviti yang lebih bermakna seperti meluangkan masa kualiti dengan keluarga tercinta dan blogging!.
Lokasi: Al-Sakinah Resort, Janda Baik
Tarikh: 23-24 Julai 2011
Kehadiran: 100+ ahli



Ku cuti hari nih, nak selesaikan beberapa perkara, termasuk
1. Appointment di klinik – Imran (dan maknye) ada checkup. Imran kena cucuk Hepatitis B, kuat jugak menangisnya.

2. Kereta ku yang dah mencecah usia 3 bulan, masih layak terima servis percuma walaupun belum cecah 5000km. Hari ni juga ku hantar servis, dapat minum jus oren percuma.

3. Selesaikan kerja part time yang masih pending!
p/s: Mak, abah dan adik-beradik akan bertolak ke Kelantan, sepupu ku Razi akan bernikah pada hari Sabtu. Ku tak dapat join kerna perlu jaga si kecil Imran. Mesti best, jalan2 Kelantan