Tag Archives: Rileks

Koleksi Teka-Teki (2)

Koleksi teka teki terbaru yang segar dari ladang. Jawapan disediakan di bawah dengan warna font putih, cuba jawab dulu baru tengok! ;p.


1: Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa paling berdosa? (sumber: ikim fm)
2: Dalam banyak-banyak air, air apa paling mahal? (sumber: ikim fm)
3: Di manakah kita boleh melihat banjir sebelum hujan? (sumber: ikim fm)
4: Dalam banyak-banyak lampu, lampu apa paling panjang? (sumber: ikim fm)
5: Dalam banyak-banyak buah, buah apa paling jujur? (sumber: ikim fm)

6: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa berkepala 2 dan berbadan 2? (sumber: ikim fm)
7: Kalau ada sebuah kereta yang dipandu oleh Ali dan penumpangnya Abu, siapakah pemilik kereta tersebut? (sumber: Samsyul Hisyam)
8: Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa tak boleh angkat? (sumber: Misc)
9: Dalam banyak-banyak artis, artis mana yang suka sandar? (sumber: Misc)
10: Kain warna merah, warna hijau dan warna biru bila masuk air jadi apa? (sumber: media)
11: Masuk segi tiga, keluar gulung-gulung, apakah dia? (sumber: media)
12: Kenapa penggali kubur semasa menggali kubur tak pakai selipar? (sumber: Pidot)

Jawapan (klik Ctrl+A):
1: Ko-tak solat
2: Air-dea (idea)
3: Kamus
4: Lampu jalan, kerana ada di sepanjang jalan
5: Buah manggis
6: Ikan masin
7: Kalau
8: Kotak penalti
9: Fasha Sandha
10: Basah
11: Seluar dalam
12: Kalau pakai selipar bila nak habis menggali, pakai cangkul lah

Lagi teka teki: Koleksi Teka-Teki (1)

Koleksi Teka-Teki

Ini, koleksi teka teki yang ku kumpul sejak beberapa bulan lepas..

TT 1: Dalam banyak-banyak cicak, cicak apa berwarna merah?

Credits: Aiman Harith, anak buah

TT 2: Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang kedekut?

TT 3: Apa dalam nenas? Apa pula di bawah batu?

TT 4: Apa yang naik tak turun-turun?

Credits: Syamil, anak buah

TT 5: Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa paling berani?

TT 6: Apa persamaan Michael Jackson dan Michael Jordan?

TT 7: Dalam banyak-banyak diskaun, diskaun apa yang orang tak nak?

TT 8: Apakah yang datang tetapi tak pernah tiba?

TT 9: Apa yang pergi depan, balik belakang?

TT 10: Seekor monyet sedang memanjat sebatang pokok kelapa, apa yang ia lakukan sebelum turun?

TT 11: Kajian menunjukkan menghidu bau burger boleh mengurangkan berat badan, kenapa?

Credits: Muzik FM, 95.3

Cubalah jawab dulu sebelum tengok jawapan, tengok berapa yang betul! ;p

Jawapan (klik Ctrl+A):
TT 1: Cicakman
TT 2: Kuda – bunyik kaki dia “ke-de-kut..ke-de-kut..ke-de-kut..”
TT 3: Spongebob dalam nenas (rumah dia), Patrick bawah batu
TT 4: Umur
TT 5: Pokok pisang, kerana paling berani mengeluarkan jantung
TT 6: Kedua-duanya tak kenal awak
TT 7: Diskaun pahala (atau gaji ;p)
TT 8: Hari esok
TT 9: Keretapi
TT 10: Panjat
TT 11: Kerana hanya menghidu, dan tidak makan

i i i i i