Tag Archives: Rumah

Manchester United 1-6 Manchester City

Seperti yang kita sedia maklum, Manchester United tewas 1-6 kepada Manchester City semalam, beberapa mesej update ku terima dari rakan-rakan sekepala bola, tak ketinggalan ejekan kekalahan. Ku sikit pun tak ambil hati, sebab team diorang lagi banyak kalah hahaah ku pun buat benda yang sama dulu.

Tapi ku bukan nak cerita pasal Manchester United ataupun Alex Ferguson. Sebenarnya ku dah lama tinggalkan dunia bola nih, especially EPL to be exact sejak kelahiran Imran. Bukan senang nak lupakan, lagi-lagi kalau ada big match, contohnya masa Manchester United belasah Arsenal 8-2 tempoh hari.

Kalau dulu hampir setiap match EPL tuh ku saksikan, namun hari ini satu game pun ku dah tak tengok sebab rumah takde Astro.

Berhenti tengok bola nih perasaannya lebih kurang macam berhenti merokok, mental serta mindset perlu kuat! InsyaAllah masa tengok bola ku akan gantikan dengan aktiviti yang lebih bermakna seperti meluangkan masa kualiti dengan keluarga tercinta dan blogging!.

Kemaskini Terkini


Kami baru saja buka akaun Tabung Haji buat Imran, untung-untung dapat pergi haji sekali! ;p.


Imran kini dah pandai buka stokin sendiri, buka guna kaki. Sama ada dia panas atau memang baru belajar skill baru, Wallahua’lam.


Misteri ampaian biru nih masih belum terjawab. Kitorang nak cari ampaian camni (gambar jiran punya ampaian) tapi sampai sekarang masih tak jumpa, sedangkan jiran kitorang, kebanyakan jiran-jiran lain di taman perumahan kitorang, kedua-dua jiran rumah mak di Keramat, jiran kepada jiran rumah mak, semuanya pakai ampaian yang sama!


Akhir-akhir ini kerap nampak ‘pengguna’ tandas nih!

Penat

Memang penat hari ni. Masa tulis entri nih ku tengah penat. Baca tajuk entri nih pun dah penat. Nak publish pun lambat, sebab penat.

Apa? Kenapa ku penat?

1. Angkat troli, bukan tolak troli!
2. Amek time off pi tutup akaun air dan api masing-masing di Putrajaya dan Bandar Baru Salak Tinggi.
3. Kerja tetap kerja, sampai jam 6:30 (lepas kerja main game jap tuh yang balik lambat ;p)
4. Kemas rumah, menyapu dan mengelap habuk.
5. Packing barang. Sabtu nih nak pindah ke rumah baru!

Memang penat!

i i i i i